Sunday, May 24, 2009

24 Mei 09: Lunch di Selera Herba, Bangi



Pagi tadi aku bercadang untuk makan tengahari di Restoren Selera Herba, Bangi. Semboyan dibunyikan, dan aku berjaya mengumpul 11 orang anggota keluarga untuk ke sana. Restoren ini milik member aku Noralim Yunus @Wap Alim dan Isteri, Ruhaizan Ramli @Ai. Dah Lama bercadang, baru ini berpeluang. Restoren ini berkonsep makanan selera kampung dan popular dengan nasi ambeng dan lempeng kelapa. Nak tau banyak lagi layari blog ini http://ijamlaa.blogspot.com/2008/06/nasi-ambeng-selera-herba.html dan
http://bangionline.com/index.php?topic=572.0 .





Dalam pukul 12.oo tgh kita bertolak ke Bangi (Seksyen 9) dan tiba dalam jan 12.30 tgh. Sekejap je daripada PJ menggunakan Highway. Alim takde kat restoren, kami disambut oleh Ai. Agak lama gak wife aku tak jumpa Ai (Masih terkenang sirih junjung masa pernikahan Alim n Ai dibuat oleh wife aku).

Kami memesan pelbagai jenis minuman dan makanan. Aku memilih nasi ambeng ayam goreng dan teh herba (Teh Misai Kucing). Memang sedap makanan. Anak-anak aku tak pernah mencuba nasi ambeng pun mencubanya. Memang best dan berbaloi makan. Sedap dan menyelerakan.


Kami dilayan mesra oleh Ai. Makanan dipesan cepat sampai. Penutupnya kami memesan lempeng kelapa. Istimewanya lempeng dicicah dengan sambal. Memang menarik. Bagi yang menggemari makanan tempatan yang simple dan sedap, aku mencadangkan supaya menjadikan Selera Herba ni sebagai satu destinasi untuk dilawati.

Friday, May 22, 2009

Sukan Ping Pong Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan UiTM


"Aku n Irwan Sedang Beraksi"

Pertandingan Ping Pong telah berakhir. Bermacam ragam dan gaya dapat dilihat. Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian. Aku cam biasa la, main gak tapi lawan semua hebat-hebat belaka.


Ahli Kelab memang ramai yang berminat dengan sukan Ping Pong ni. Memang mereka bersemangat dan berjuang habis-habisan. Kalau perlawanan diadakan di bilik seminar kita orang sama-sama menyusun bilik tersebut dan selepas perlawanan menyusun kembali bilik tersebut ke keadaan asal. Terima kasih kepada semua geng dan member. Tanpa mereka ini memang sukar untuk menjayakan pertandingan ini. Merekalah pemain, merekalah pengadil, merekalah pekerja am yang menyusun perabut dan meja pertandingan. Semangat kerjasama yang amat tinggi yang dipamerkan amat aku hargai. Terutama kepada mereka telah bergelar Pensyarah Kanan tetapi melupakan gelaran tersebut dan bersama-sama menjadi ahli kelab. Syabas diucapkan


Senarai pemenang telah diketahui. Tetapi itu bukan matlamat utama. Penyertaan dan kesanggupan mereka ini untuk bersama-sama bersukan adalah penting. Ada di antara mereka ini tahu, menang payah hendak menjadi juara tetapi masih menyertai atas nama semangat sukan dan kerjasama.

Aku untuk siri ini, agak ketinggalan. Kena tingkatkan latihan untuk siri tahun hadapan pula.

Adios

Mei: Bulan segalanya

Salam

Bulan Mei ada beberapa acara yg menarik untuk kita semua. Ada Hari Ibu, Ada hari Guru, Hari Belia, Hari Bio diversiti dan lain-lain. Semua ini menarik perhatian untuk mengenang dan melihat kembali apa yang telah dan akan kita lakukan dalam meraikan hari-hari berkenaan. Terutama Hari Ibu, kita sayang ibu kita samada yang masih ada di dunia ini atau telah tiada. Tetapi apakah perlambangan kasih sayang kita terhadap mereka. Adakah kita melawat dan menjenguk mereka jika kita berjauhan dalam masa yang terdekat ini. Adakah kita menelefon mereka mengucapkan selamat Hari Ibu dan meluahkan kata-kata kasih sayang kita kepada mereka? Adakah cukup sekadar mengirim wang setiap bulan dalam menyatakan kasih sayang kita?

Aku tidak akan pernah lupa mengucap selamat Hari Ibu kepada ibu. Walaupun kesempitan masa, aku tetap balik untuk mendengar Ibu bercerita. Cuma dengar suara dan cerita Ibu sudah cukup bagi aku. Aku gembira melihat Ibu riang bercerita. Walaupun Ibu tak pernah menyatakan atau menyuruh anak-anak pulang menjenguk, kita seharusnya lebih peka dalam memahami hati seorang ibu.

Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberi ucapan selamat Hari Guru kepada aku. Terima kasih sekali lagi. Aku seorang insan biasa yang cuba memberi tunjuk ajar dan jalan kepada kamu semua. Selebihnya adalah kamu semua yang seharusnya membentuk apakah ciri-ciri jalan yang akan kamu pilh nanti.InsyaAllah perahu telah di air, dayung telah ditangan, Ayuh teruskan kayuhan itu kearah destinasi kehidupan yang kamu pilih. Jangan takut atau gentar.

Kepada pelajar yang akan menjalani latihan praktik, selamat bertugas. Belajar dan juga aplikasikan apa yang telah diajar kepada kamu semua. Kepada pelajar yang bercuti, selamat bercuti. Kepada kawan-kawan dan teman-teman, semoga hidup kita ini bisa diteruskan sebaik mungkin.

Sekian

Friday, May 1, 2009

1 Mei 09: Satu Hujung Minggu Yang Panjang

Salam

Pada hari buruh ni, semua dapat berehat. Aku masih lagi KO, kena demam dah masuk 5hari. Ish, ni menyusahkan untuk membuat kerja-kerja yang tertangguh. Ditambah pula virus menyerang pendrive aku. Langsung terbantut keinginan untuk membuat kerja. So, pada hari ini, aku just tengok je le PC. Maybe wat marking le kot. Marking alamak, ada 94 skrip. Sem ini aku memang agak lengai sikit, banyak benda kena pending. It is not me. Taktau apa kah sebabnya, aku jadi lembab. Agaknya virus dah menyerang saraf dan minda aku sebagaimana ianya menyerang pendrive aku.

Keinginin untuk balik kampung terpaksa dibatalkan. My dear mother nak ke Pahang lak. Terbantu lagi program aku. Nampaknya hujung minggu yang panjang ni aku melopong je le.

Kepada pelajar yang pulang hari ini, safe journey to your all. Kepada yang nak ambil final esok good luck

Tuesday, April 28, 2009

Pagi Yang Suam

Pagi yang agak suam. Hari ni ada temuduga untuk pensyarah fakulti. Aku cuma berharap dan berdoa agar pemilihan dapat dibuat tanpa fear or favour. Tidaklah sampai tahap mengharapkan calon tu terus jadi pensyarah yang berkaliber on the spot cuma semangat dan iltizam mereka itu harus ada.

Aku hari rasa semacam je. macam nak kena selsema je. Aku agak berat dan badan panas je. Harap-harap ianya tak berlarutan. Ni zaman marking, mana bole sakit teruk masa ni. Aku telah menghabiskan 50% skrip IML603. Tapi ada ke kesungguhan nak meneruskan marking dalam kesibukan ini....hmmmm...putting on the thinking hat.

Imie telah memulakan latihan praktik di Seri Kembangan. Aku berharap agar Ruzaif dapat membentuk dia menjadi tenaga kerja yang produktif dan berkualiti. So, Imie prove yourself to the world.

Friday, April 24, 2009

Apabila Niat Murni Disalahertikan

Minggu yang sibuk. Peperiksaan akhir bermula. Aku dan geng menjadi AJK exam sibuk. Ada pula, pensyarah yang konon kebal sengaja tidak datang bertugas. Dah la tak sampai 6 bulan bertugas lagi mengalahkan orang dah nak pencen. Aku rasa orang seperti ini dan rakan-rakan sewaktu dengannya patut angkat kaki dan belah ke tempat lain. Tak perlu menyusahkan orang lain dan diri sendiri. Kalau nak ikut time dan cara sendiri, pergi menoreh getah atau berkebun sendiri, takle menyusahkan orang.

Aku mendapat berita yang agak mengejutkan apabila program pelajar part 6 ke Pangkor dan Genting tidak mendapat wang daripada Tabung Pembangunan Pelajar. Alasan: Dah banyak duit budak part 6 pakai. Dia orang ni takde pakai calculator ke? Kira la betul-betul. Dah RM400 setiap pelajar menyumbang ke Tabung tu. Yang guna tak sampai RM250 pun seorang. Dinner Pra Graduan separuh pelajar Pt6 IS220 tak hadir, so banyak mana sangat duit yang dikembalikan kepada dia orang. Patut dinner tu diaudit tengok betul-betul, mana wang tu pergi.

Aku tak kisah sangat taknak bagi, duit bole dicari tetapi cakap yang mengatakan asyik aku je yang bawa pelajar, seolah-olah macam aku makan duit pelajar. Tu memang pohamai betul. Aku nak cabar yang pandai sangat buat keputusan tu, try bawa pelajar keluar field trip, buat le 4 trip satu semester. Aku nak tengok seronok ke, mudah ke nak makan duit ke. Seronok sangat mengatakan orang daripada kerusi empuk dalam air cond.

Apa-apa pun kepada pelajar Part 6 IS220, jangan kecewa dengan keputusan itu. Hidup perlu diteruskan. Kita doakan je kepada mereka itu, kalau niat baik, Allah balas baik didunia ini jugak, tapi kalau niat jahat, Allah balas jahat didunia ini jugak semasa ada lagi hayat kita.

So, kalau kau orang jadi Pengurus esok, guna akal yang dikurniakan bukan hati dan nafsu je, OK.

Saturday, April 18, 2009

Minggu ketiga April 2009: Sibuk sungguh

Salam

Minggu yang sibuk. Sibuk dengan keje. Sibuk dengan game ping pong yang tak sudah-sudah (bosan dah nak handle, bukan bosan game tu, bosan perangai manusia). Aku telah menamatkan game minggu sudah hari Jumaat. Biarlah apa orang kata janji dah settle tp masalahnya, aku dapat tempat ketiga la. Ni sure ada yang pertikaikan. Payah gak tu.

Rabu malam Khamis, aku amik bas ke Alor Setar. Sampai sana pukul 5.30 pagi. Mandi dan solat di rumah Tawfek, pastu pergi amik barang imie dan terus pergi UiTM Merbok, hantar lampiran soalan dan terus balik ke PJ. Dalam tempoh 18jam, aku telah menjelajah 1000km perjalanan. Fuhh! Jenuh.

Hari aku telah menghadiri majlis perasmian pestabuku antarabangsa KL. Sampai pukul 2.30, asyik acara perasmian sana-sini je. Jenuh menunggu dan mendengar ceramah je. Tapi nice mendengar buah pemikiran A Kadir Jasin, Ketua Pengarang Kumpulan Straits Times dan Azhar Sulaiman.

Seronok dapat berjumpa member-member lama dari PNM dan book industry...