Tuesday, February 16, 2010

Bulan Februari 2010

Salam

Sekarang dah 16hb Februari 2010. Masa begitu cepat berlalu. Umur aku dah melebih 46 tahun mulai 1 Feb 2010 hari tu. Sekarang bertugas di UiTM Machang, ianya membawa satu cabaran baru dalam dunia kerjaya aku. Bertugsas tak susah mana pun, maybe jarak perjalanan 500km dengan famili ada sedikit nostalgia tapi bukan merupakan satu masalah yang begitu besar hingga membolehkan kepala menjadi bengong. Dalam hidup ni, sedia kena ada adjustment and improvement. Allah beri kita akal untuk memikir dan menyelesaikan masalah, so gunakan ia sebaik mungkin.

Wednesday, December 16, 2009

Hari-Hari Terakhir Bulan Disember 2009

Salam

Masa berjalan pantas dah kita telah sampai ke penghujung tahun 2009. Tahun ini banyak peristiwa dan kejadian yg berlaku di dalam kitaran hidup aku. Ada yang manis, ada yang terlalu pahit tetapi semua itu asam garam kehidupan. Aku masih berpegang kepada kepercayaan, Allah boleh menghalang atau meneruskan niat atau usaha seseorang itu. Apa aku jelas boleh menerima buruk dan baik yang telah ditentukan dalam kehidupan aku.

Saturday, July 4, 2009

Aku dan Jadual Waktu......Bengkel Peperiksaan

Salam

Semalam, mula bengkel kertas soalan peperiksaan untuk Oktober 2009. Aku memang mengalu-alukan bengkel seperti ini. Apa yang merisaukan aku ialah, aku berbengkel membuat soalan tetapi jadual waktu tidak diberikan. Jenuh aku minta. Alasan! Dekan takda nak sign. dia orang nak suruh aku menyembah kaki dia orang baru nak beri kot. Apa pun alasan yang diberikan, jadual waktu mengajar adalah nadi kepada pensyarah untuk mengajar. Minggu depan aku nak mengajar, jadual takda, so! aku nak ajar apa? Aku dikhabar mendapat kursus baru untuk diajar tetapi masalahnya hanya diberitahu semalam!!! Kalau perkara macam ini, wajib diberitahu seminggu awal sekurang-kurangnya. Ini untuk membuat persediaan pengajaran. Aku tak pernah menolak kursus diberi tapi caranya tidak kena langsung. Dua semester lepas, aku diberi kursus 4 minggu selepas kuliah bermula. Minggu kelima baru dapat masuk kelas. Siapa yang rugi? sudah tentu pelajar. Something is wrong somewhere nih!!!!!

Aku malas nak kisahkan perkara ni tetapi dah melibatkan aku, terpaksa aku membicarakan topik yang membosankan aku ni. Setiap semester benda yang sama. memang membosankan.

Sunday, June 28, 2009

Kampung Buku Malaysia, Melaka

Salam

Semalam aku pergi melawat ke Kampung Buku Malaysia, Melaka. Konsep kampung buku diperkenal oleh Richard Booth pada tahun 1961 ( maklumat lanjut di http://www.booktown.com/InternationalBKtowns.htm ). Kampung buku pertama di Malaysia adalah di Langkawi pada tahun 1997 yg telah diperkenalkan oleh Tan Sri Sanusi Junid dimana beliau merupakan penggemar buku yang hebat. Sayang sekali selepas beliau tidak bergerak aktif dalam politik, kampung buku langkawi pun berkubur sekali.

Kampung buku kedua Malaysia dibina di Melaka. Kampung Buku Malaysia Melaka telah ditubuhkan bermula pada 18 April 2007. Ianya diwujudkan hasil daripada idea yang di cetuskan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, dimana objektif penubuhannya adalah untuk menggalakan masyarakat membaca di samping sebagai salah satu daya tarikan pelancongan ke Negeri Melaka ini ( Maklumat lanjut di http://www.bookvillage.com.my/utama.html ).

Kita sepatutnya bersyukur kerana kerajaan negeri Melaka begitu prihatin dalam menyedari betapa pentingnya kewujudan kampung buku di Malaysia. Sekarang tibalah giliran kita sebagai rakyat Malaysia untuk sama-sama memberi sokongan kepada kampung buku ini dengan melawat dan memeriahkan lagi kampung buku ini. Mungkin di peringkat awal sebagai kunjungan pelancungan tetapi akhirnya bertukar kepada kunjungan ilmu.

Tuesday, June 23, 2009

Perkongsian Ilmu di Equatorial Hotel Bangi, 23.6.09

Salam

Semalam begitu tekun menyediakan diri untuk ceramah bertajuk "Perpustakaan dan Undang-Undang" di Bangi. Apabila sampai ke Equatorial Hotel, aku melihat ramai daripada peserta yang aku kenal, samada rakan sekerja dahulu, bekas student aku. Memang best tak jumpa geng lama, Zahariah, Ketua Pustakawan UPSI, Azman Ketua Pustakawan UMK di antara geng lama aku dulu. Seronok berjumpa mereka ni semula. Roslah dari perpustakaan UiTM Melaka ada juga. Dia merupakan anak buah semasa aku bekerja di PPP/ITM dan juga merupakan bekas anak murid PLK pertama yang aku ajar semasa aku join Fakulti.

Ceramah berjalan lancar. Para peserta begitu aktif memberi respon, soalan dan juga perbincangan. Aku cukup suka dengan keadaan camtu. Memang suasana perkongsian maklumat yang amat nyata. Sayang aku diberi peluang untuk berbicara sejam sahaja. Tapi yang penting dapat menyampaikan dan berkongsi ilmu itu yang penting.

Friday, June 19, 2009

Jumaat Yang Damai

Salam

Hari ini aku pusing kepala nak mengumpul bahan untuk menyediakan kertaskerja untuk bengkel di Equatorial Hotel, Bangi selasa ni. Bahan berkaitan dengan undang-undang memang tak boleh nak goreng. Kena facts and figure dan mesti tau subject matter dengan jelas. Fuhh!! jenuh gak mencari jalan camne nak mengolah semua bahan agar menjadi satu persembahan yang jitu dan tepat.

Fakulti macam biasa la sunyi je. Staff pun tak nampak semua sembunyi. Raja Alwi, pensyarah Kedah datang mengambil borang soalselidek penyelidikan dia. Laila pun datang ke fakulti nak settlekan masalah dia dengan gred. Hopefully semua akan settle dengan baik. Fizah pun dah dapat jawatan sebagai Pustakawan. Ok la tu. Syukur, dapat gak dia kerja akhirnya.

Aku petang tadi, minum kopi 10 in 1 kat bilik Mat Zam, apa lagi cerah mata. Petang ni tak rasa mengantuk. Power gak kopi tu tapi aku takut nak minum selalu. Baru tadi pergi makan ramai-ramai kat Kayu Nasi Kandar Seksyen 14. Yang power tetap dia punya Roti Tisu Special sepanjang 2.5 kaki panjang. Tu kita orang punya dessert. Seronok carik-carik roti tu makan ramai-ramai. Garing dan berlemak.


Wednesday, June 17, 2009

Satu Hari Yang Panas

Sehari lagi berlalu. Bahang panas memang terasa. Aku hari ini seolah-olah hilang halatuju. Tak tahu nak sentuh kerja mana dulu. Akhir sekali kebanyakaan kerja ditinggal begitu sahaja. Fokus itu penting aku tau tetapi ada masa kita hilang fokus jugak.

So, dalam seminggu dua lagi, kena ke Perak melawat student praktikal. I don't to travel alone. Dah biasa riuh rendah ramai-ramai, bila sorang-sorang ni bosan je.