Assalamualakum dan selamat bertemu kembali dalam tahun 2009.
Aku begitu menyibukkan diri pada Disember 2008. Banyak dan panjang perjalanan yang aku tempuhi. Bermula daripada 1hb hingga 31hb, aku telah mengembara beribu-ribu kilometer menjelajahi sebahagian besar daripada Malaysia. Aku berada Di Alor Setar, Kota Kinabalu, Segamat, kembali ke Alor Star, pulang ke kampung ke Beruas, dan selang sehari balik balik Beruas.
Pada 1hb Jan 09, aku bertolak kembali ke PJ. Perjalanan tanpa henti memang memenatkan tapi ianya perlu. Aku dapat melihat cinta telah bertaut untuk my close friend, Bro Pian, Majlis Perkahwinan Azam dan Ina telah menjawat jawatan tetap sebagai Pustakawan dan Fikri, anak bongsu aku telah berjaya meneruskan pengajian di UiTM Segamat. Aku berdoa agar semua mereka ini cekal dan berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan dan apa jua yang mereka lakukan.
Pada 4hb Jan, aku dan isteri terpaksa menghantar Fikri ke UiTM Segamat kerana kehabisan tiket. Kami meminta bantuan Izad meneman dan memandu. Bertolak selepas Maghrib, sampai UiTM Segamat pukul 10.45 mlm dan terus berpatah balik ke PJ. Aku mengambil giliran memandu selepas R n R Ayer Keroh. Sampai rumah 2 pagi dan esok pagi kelas pukul 8 pagi... Allah jua yang mengetahui, sakit badan dan penatnya
Paling bangga pada akhir 2008 dan awal 2009 ini aku telah berjaya menurunkan berat badan, yang mana sebelum ini tahun demi tahun aku gagal melakukannya.
1 comment:
Timetable masih lagi berterabur...
Post a Comment