Tuesday, April 28, 2009

Pagi Yang Suam

Pagi yang agak suam. Hari ni ada temuduga untuk pensyarah fakulti. Aku cuma berharap dan berdoa agar pemilihan dapat dibuat tanpa fear or favour. Tidaklah sampai tahap mengharapkan calon tu terus jadi pensyarah yang berkaliber on the spot cuma semangat dan iltizam mereka itu harus ada.

Aku hari rasa semacam je. macam nak kena selsema je. Aku agak berat dan badan panas je. Harap-harap ianya tak berlarutan. Ni zaman marking, mana bole sakit teruk masa ni. Aku telah menghabiskan 50% skrip IML603. Tapi ada ke kesungguhan nak meneruskan marking dalam kesibukan ini....hmmmm...putting on the thinking hat.

Imie telah memulakan latihan praktik di Seri Kembangan. Aku berharap agar Ruzaif dapat membentuk dia menjadi tenaga kerja yang produktif dan berkualiti. So, Imie prove yourself to the world.

Friday, April 24, 2009

Apabila Niat Murni Disalahertikan

Minggu yang sibuk. Peperiksaan akhir bermula. Aku dan geng menjadi AJK exam sibuk. Ada pula, pensyarah yang konon kebal sengaja tidak datang bertugas. Dah la tak sampai 6 bulan bertugas lagi mengalahkan orang dah nak pencen. Aku rasa orang seperti ini dan rakan-rakan sewaktu dengannya patut angkat kaki dan belah ke tempat lain. Tak perlu menyusahkan orang lain dan diri sendiri. Kalau nak ikut time dan cara sendiri, pergi menoreh getah atau berkebun sendiri, takle menyusahkan orang.

Aku mendapat berita yang agak mengejutkan apabila program pelajar part 6 ke Pangkor dan Genting tidak mendapat wang daripada Tabung Pembangunan Pelajar. Alasan: Dah banyak duit budak part 6 pakai. Dia orang ni takde pakai calculator ke? Kira la betul-betul. Dah RM400 setiap pelajar menyumbang ke Tabung tu. Yang guna tak sampai RM250 pun seorang. Dinner Pra Graduan separuh pelajar Pt6 IS220 tak hadir, so banyak mana sangat duit yang dikembalikan kepada dia orang. Patut dinner tu diaudit tengok betul-betul, mana wang tu pergi.

Aku tak kisah sangat taknak bagi, duit bole dicari tetapi cakap yang mengatakan asyik aku je yang bawa pelajar, seolah-olah macam aku makan duit pelajar. Tu memang pohamai betul. Aku nak cabar yang pandai sangat buat keputusan tu, try bawa pelajar keluar field trip, buat le 4 trip satu semester. Aku nak tengok seronok ke, mudah ke nak makan duit ke. Seronok sangat mengatakan orang daripada kerusi empuk dalam air cond.

Apa-apa pun kepada pelajar Part 6 IS220, jangan kecewa dengan keputusan itu. Hidup perlu diteruskan. Kita doakan je kepada mereka itu, kalau niat baik, Allah balas baik didunia ini jugak, tapi kalau niat jahat, Allah balas jahat didunia ini jugak semasa ada lagi hayat kita.

So, kalau kau orang jadi Pengurus esok, guna akal yang dikurniakan bukan hati dan nafsu je, OK.

Saturday, April 18, 2009

Minggu ketiga April 2009: Sibuk sungguh

Salam

Minggu yang sibuk. Sibuk dengan keje. Sibuk dengan game ping pong yang tak sudah-sudah (bosan dah nak handle, bukan bosan game tu, bosan perangai manusia). Aku telah menamatkan game minggu sudah hari Jumaat. Biarlah apa orang kata janji dah settle tp masalahnya, aku dapat tempat ketiga la. Ni sure ada yang pertikaikan. Payah gak tu.

Rabu malam Khamis, aku amik bas ke Alor Setar. Sampai sana pukul 5.30 pagi. Mandi dan solat di rumah Tawfek, pastu pergi amik barang imie dan terus pergi UiTM Merbok, hantar lampiran soalan dan terus balik ke PJ. Dalam tempoh 18jam, aku telah menjelajah 1000km perjalanan. Fuhh! Jenuh.

Hari aku telah menghadiri majlis perasmian pestabuku antarabangsa KL. Sampai pukul 2.30, asyik acara perasmian sana-sini je. Jenuh menunggu dan mendengar ceramah je. Tapi nice mendengar buah pemikiran A Kadir Jasin, Ketua Pengarang Kumpulan Straits Times dan Azhar Sulaiman.

Seronok dapat berjumpa member-member lama dari PNM dan book industry...

Sunday, April 12, 2009

Minggu Yang Mem......

Salam

Satu minggu yang penuh dengan aktiviti yang memenatkan, mengasyikkan, menghasilkan banyak kenangan, menyakitkan hati, menggembirakan. Itu lah satu minggu yang tipikal bagi aku sebagai manusia bergelar pensyarah dan sebagai ordinary human.

Minggu ini adalah penutup kepada semua syarahan. Kerja aku tidak berakhir malah bertambah lagi dengan keperluan menyediakan carry marks, menyemak penyelidikan sepuluh orang pelajar untuk kursus IML604. Itu kerja wajib. Permainan ping pong belum tamat. Aku akan menamatkan game pada hari Jumaat ni. Tak abis, aku tak peduli, janji settle suma, double game pulak next week.

Pagi tadi aku, seperti biasa akan pergi pasar. Pasar kegemeran tetap Pasar Jalan Othman PJ. Di sinilah boleh dikatakan harga memang amat, amat, amat berpatutan. Aku pernah mencadang abang aku supaya shopping kat situ berbanding dengan tempat dia di Subang Jaya, hasilnya dia dapat jimat sehingga 40 peratus belanja pasar seminggu. Bayangkan pasar Seksyen 14, tempat aku menjual santan 1 paket kecil RM1.40, Pasar Jalan Othman masih maintain RM1.



Aku bersarapan di pasar pagi tadi, harga roti canai dan roti bom masih rendah berbanding kedai mamak lain.

Aku nak melupakan bowling sekejap, minggu yang mengecewakan. Main cam budak baru belajar, Hancus game, tak boleh conquer short oil lane. Padan muka beli bola heavy oil. Patut aku guna ligt oil atau medium oil. Tapi apa2 pun memang tangan tak berbendung dan juga takmau training....

OK. See U all soon. Good luck kepada semua yang nak final exam tu.