Salam
Satu minggu yang penuh dengan aktiviti yang memenatkan, mengasyikkan, menghasilkan banyak kenangan, menyakitkan hati, menggembirakan. Itu lah satu minggu yang tipikal bagi aku sebagai manusia bergelar pensyarah dan sebagai ordinary human.
Minggu ini adalah penutup kepada semua syarahan. Kerja aku tidak berakhir malah bertambah lagi dengan keperluan menyediakan carry marks, menyemak penyelidikan sepuluh orang pelajar untuk kursus IML604. Itu kerja wajib. Permainan ping pong belum tamat. Aku akan menamatkan game pada hari Jumaat ni. Tak abis, aku tak peduli, janji settle suma, double game pulak next week.
Pagi tadi aku, seperti biasa akan pergi pasar. Pasar kegemeran tetap Pasar Jalan Othman PJ. Di sinilah boleh dikatakan harga memang amat, amat, amat berpatutan. Aku pernah mencadang abang aku supaya shopping kat situ berbanding dengan tempat dia di Subang Jaya, hasilnya dia dapat jimat sehingga 40 peratus belanja pasar seminggu. Bayangkan pasar Seksyen 14, tempat aku menjual santan 1 paket kecil RM1.40, Pasar Jalan Othman masih maintain RM1.
Aku bersarapan di pasar pagi tadi, harga roti canai dan roti bom masih rendah berbanding kedai mamak lain.
Aku nak melupakan bowling sekejap, minggu yang mengecewakan. Main cam budak baru belajar, Hancus game, tak boleh conquer short oil lane. Padan muka beli bola heavy oil. Patut aku guna ligt oil atau medium oil. Tapi apa2 pun memang tangan tak berbendung dan juga takmau training....
OK. See U all soon. Good luck kepada semua yang nak final exam tu.
1 comment:
x pa en...cuba lg...
Post a Comment