Wednesday, September 22, 2010

Hari Rabu 22 Sept 2010

salam

Hari ini panas terik. Aku memang terasa bahang kepanasan walaupun berada dalam bilik berhawa dingin, mana taknya, bilik takde langsir. Ak baru je kembali bertugas hari Isnin setelah bercuti selama 2 minggu. Malang sekali, permohonan cuti aku telah tersalah tarikh, Aku pun heran, rasanya dah betul tarikh2 tu semasa memohon. Apapun, aku dah batalkan cuti tersebut dan memohon semula. Nasib baik boleh memohon semula. Apa pun kalau kena perlu dikenakan tindakan disiplin, redha je la.

Semalam memulakan perjalanan mengajar di kampus kota,KB. Kelas PLK. Keadaan kelas agak panas kerana air cond rosak tetapi aku takde hal sangat kerana semasa mengajar di Bangunan Akademik 3, Shah Alam, bilik kuliah langsung takde air cond. Abis mengajar terus pengsan je. Sekarang ini bertambah baik keadaan bilik kuliah dengan adanya air cond, LCD, komputer dan lain2 alat bantuan mengajar.

Esok ada perjumpaan dengan dekan FPM, Dr Laili. Jam 2.30 ptg. Semua wajib hadir. hmm hadir dan mendengar sahaja. Berdiam adalah lebih baik.

Apa pun, malam ni kena lagi ke kampus kota untuk meneruskan perjuangan. Kedai mamak kat Kok Lanas masih tutup, mungkin kena singgah kedai mamak kat KB kalau nak makan roti naan dan tandoori. Kena fikir ni, lama tak pekena dah...

No comments: