Saturday, November 1, 2008

Trip ke Pantai Timur Part IV: Kelantan

11Hb Oktober 2008 (Sabtu) jam 9.00 pagi. Kami semua bersiap untuk meninggal chalet Rhu Muda untuk pergi breakfast dan seterusnya menuju Ke Kota Bharu. Kelantan. Aku walaupun kali ketiga singgah di Pantai Rhu Muda, masih terpesona dengan keindahan kawasan. 3 tahun, kawasan itu tak banyak berubah pun. Memang natural beauty. Kami mengambil peluang untuk sesi bergambar kenangan. Bergerak meninggalkan chalet dalam jam 9.45pagi. Pada mula kami semua ingin singgah makan nasi dagang di Chendering. Kedai Makcik yang popular dan sedap dan terkenal diseluruh Malaysia tetapi tutup pulak. Kami akhirnya singgah di Medan Selera Pantai Batu Buruk untuk bersarapan.


"Persediaaan Untuk Sesi Penggambaran"



Dalam jam 11 pagi kami mengucapkan selamat tinggal kepada Bandar Kuala Terengganu dan meneruskan perjalanan ke Kota Bharu. Seperti biasalah, bila sahaja bas bergerak hampir semua memejamkan mata. Aku pun terlelap gak walaupun aku jarang tidur dalam bas tetapi terlena gak kerana malam sebelum tu tidur 2.30pagi dan bangun 6.30 pagi. Apa lagi, Pian sempat snap gambar aku lena. Sara n geng dok layang karoake..aku tak sedar apa-apa. Sempat lena dalam 40minit lega...

Kita orang tiba di Kota Bharu dalam pukul 2ptg. Kami tidak terus ke hotel tetapi singgah ke Pasar Besar Khadijah untuk membeli sedikit barang-barang dan makan tengahari. Urusan hotel telah diselesai oleh Mat Yie yang kebetulan bercuti. Kami berjumpa dia di tempat Istana Jahar dan terus di bawa ke hotel penginapan di Kubang Kerian (berdekatan Hospital USM).

"Disekitar Bandar Kota Bharu. Kereta Biru tu, Kereta Mat Yie"
Kita orang tak kemana-mana terus terlelap. Letih aktiviti semalam dan perjalanan. Malam tu kita org suma pergi makan malam di Kawasan Pasir Pekan, atas cadangan Mat Yie. Makanan memang sedap tetapi sayang makanan berasaskan belut telah habis. Kita singgah shopping dan bersiar-siar di Pasar Wakaf Che Yeh sebelum semuanya pulang dan bersedia untuk melakukan lawatan akademik ke UMK (Universiti Malaysia Kelantan).

Esok selepas sarapan kita orang terus menuju ke Pengkalan Chepa. Perjalanan mengambil masa 20minit sahaja. Ketibaan kami disambut oleh Amir, Pustakawan Perpustakaan UMK. Kebetulan semasa kita sampai, UMK sedang mengadakan mesyuarat bersama Tok Pa, Menteri Asas Tani dan juga jamuan hari raya, Kami terus dibawa masuk ke perpustakaan dan diberi taklimat oleh Amir. Encik Azman Hashim, Ketua Pustakawan tidak dapat hadir kerana bermesyuarat dengan Tok Pa. Kami melawat sekitar perpustakaan untuk melihat . Kami rasa terharu apabila Ketua Pustakawan UMK, sempat datang melayan kami walaupun sibuk mesyuarat. Pihak UMK menjemput kami menghadiri jamuan tetapi kami terpaksa menolak kerana ada lagi lawatan ke UiTM Machang.


"Sekitar Lawatan Akademik ke Perpustakaan UMK.
Bawah: Sesi Penyampaian cenderahati ke Perpustakaan UMK"




Dalam perjalanan ke Machang, kami singgah sebentar di Wakaf Che Yeh untuk mengambil Mat Yie, yang kebetulan ingin balik ke Puncak Alam. Kami berlepas ke UiTM dan sempat melawat Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Machang secara tidak rasmi. Kami mengambil masa untuk meninjau sekitar perpustakaan dan seterus ke seluruh kampus UiTM Machang yang indah dan damai.

"Sekitar Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Machang
Gambar Kanan Atas: Bekas Pelajar FPM"


Kami menuju ke Kuala Kerai untuk makan tengahari. Selepas itu kami memulakan perjalanan pulang tetapi kami akan singgah di rumah Ayu di Gua Musang untuk berhari raya, Ayu ni anak polis. Apabila tiba di sekitar gua musang, hujan telah turun dengan lebat. Kami singgah di rumah Ayu. Kita orang bercadang untuk menggunakan jalan menuju Cameron Highlands untuk pulang tetapi hujan telah membanjirkan jalan ke sana. Kita orang terpaksa menggunakan jalan Kuala Lipis untuk kembali ke Puncak. Sepanjang perjalanan hujan lebat turun memaksa semua kenderaan bergerak perlahan.

Kami selamat tiba ke Puncak Perdana dalam sekitar pukul 1.45pagi. Syukur Alhamdullillah.

1 comment:

Balqis Jamaludin said...

Its a wonderful moment with my class mate, lecturers(En. Azmi & En.ASO) and off course our pilots (En. Sulaiman & En. Syukor).
Even though not all of my classmate (B06ctt) participate in this trip but it still happening)am i rite cik?
Mandi laut...lemas dipikul ombak!!
part yg paling x kan lupa...
karaoke sampai kul 2 pagi...
Hehe...
So guys...for those who not join this trip,you missed some things.
very priceless moment that we never had...
Thanks En. Azmi, for being so nice to us..
(kalau ade trip nak ajak lagi kiteorg okey jer..:)