Sunday, November 30, 2008

Trip Ke Pantai Timur Part V: Prolog

Assalamualaikum

Berakhirnya trip ke Pantai Timur menandakan berakhirnya era satu lagi batch yang aku kenal. Selepas tamat peperiksaan akhir dan akan bermulanya latihan praktikal esok, 1hb Disember 2008, maka secara tidak rasminya mereka akan tamat pengajian di FPM, UiTM.

Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala memori indah yang aku lalui bersama-sama mereka selama dua semester. Aku berdoa akan mereka ini semua akan menjadi manusia yang dapat memberi sumbangan besar terhadap profesion kepustakawanan dan juga untuk masyarakat dan negara.

Kepada mereka ini, terima kasih di atas memori indah dan sampai ketemu lagi, InsyaAllah

No comments: