Saturday, May 30, 2009

Perjalanan Ke Bangi, Nilai 3 dan Summit USJ

Salam

Satu perjalanan yang aku dan Pian mulakan hari. Bermula jam 10.3o pagi rumah aku dari rumah aku Di sekyen 14, PJ terus menuju ke Selera Herba di Bangi untuk sarapan pagi. Kesempatan itu digunakan untuk berjumpa Radi, ex-student aku n Pian kat FPM. Lama tak jumpa dia, last sekali jumpa di Kuala Terengganu last year kalau tak silap. Bersembang-sembang dan menyerahkan kad jemputan Pian kepada Radi dan juga untuk Hidayah ( another ex-student).

Perjalanan kami diteruskan ke Nilai 3. Aku akhir sekali ke Nilai 3 ada semasa perjalanan pulang dengan pelajar-pelajar IS220 Batch Anas, Azizah, Mejar Sheridan, Wak dll. Kalau tak silap tahun 2006 or awal 2007. Lama dah tak pegi. Just nak temankan Pian membeli dan membuat persiapan terakhir untuk majlis perkahwninan dia pada 13hb Jun 2009 (Majlis di rumah perempuan pada 6hb Jun 2009).

Aku tengok untuk membeli aksesori tetamu sahaja, Pian dah menggunakan lebih RM500 kat kedai ZC ( kalau tak silap, aku tak prihatin sangat nama kedai ni). Pastu kita orang singgah kat kedai ThankYou and Pian spent nearly RM600 lagi nak beli aksesori tetamu. Fuhh!!! Komen aku kat Pian adalah, wow! tu baru sebahagian kecil daripada kos perkahwinan.

Kita menuju ke Summit USJ menggunakan jalan menuju KLIA melalui Salak Tinggi. Begitu lama aku tak melalui jalan tersebut dan semua dah berubah. Tujuan kita orang ke sana adalah untuk berjumpa Yati, yang baru pulang dari Washington, USA. Nak amik barangan hantaran. Fuhh! caya la Pian, hantaran USA mari....

Akhir kata kepada Ashrul Hadi dan Azwani yang akan melangsungkan perkahwinan besok, 31 Mei 2009, aku sekeluarga mengucapkan selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia ke anak cucu...

No comments: