Friday, May 29, 2009

Satu Pagi Di JalanPahang dan Jalan Tun Razak, KL

Salam

Cuaca yang amat terik hari ini. Pagi-pagi aku dah menuju Kuala Lumpur. Berjumpa Mad Nor Chik. Biasa la, urusan Koperasi. Sekian lama aku tak berjumpa dengan dia. Akhir sekali tahun 2006 sebelum beliau bersara pilihan daripada PNM. Lama gak bersembang dan bertukar-tukar fikiran soal kerja, PNM dan kehidupan. Ada ayat daripada beliau yang aku kagum mendengarnya...."Sejak bersara, aku berjaya membawa balik penuh gaji aku..semasa kerja dulu asyik bawa balik payslip je." Aku faham orang kerajaan ni hidupnya penuh dengan hutang. Tak sekeliling pingang, separuh pinggang. Ada kena bayar hutang orang dek kerana menjadi penjamin, ada atas pilihan cara dan stail hidup sendiri. Apapun, apa yang Mad Nor Chik kata tu ada kebenarannya. Kalau tak masa kan CUEPACS memohon agar kakitangan kerajaan dibantu daripada ancaman Ah Long. Tapi aku rasa 80 peratus masalah itu adalah disebabkan pilihan sendiri yang ingin ada semua yang orang lain ada. Ni masalah orang Kerajaan ni.

Aku singgah sebentar di Perpustakaan Negara Malaysia, berjumpa dengan Abdul Rahman Sudin, member ketat masa di PNM sekarang dah berstatus Pengarah di salah satu bahagian. di PNM. Aku tak pernah masuk pejabat dia. Saja la nak rasa, seronok tengok kengkawan dah berjaya dan menjawat jawatan tinggi. Kejutan yang paling besar, ialah kami membuat lawatan mengejut ke meja Zaimah, salan seorang Pustakawan di bahagian Rahman dan bekas anak murid aku kat UiTM. Terkejut besar dia, tetiba je kita orang ada depan meja dia. Hehe suprise Zaimah.

Aku juga dikejutkan dengan sms dari Mat Yie, mengatakan nama aku dicadangkan oleh Dekan FPM untuk menganggotai Jawatankuasa Mesra ICT. Alahai kerja tambahan lagi. Nak menolak dah dicadangkan oleh Dekan sendiri. Nasib badan. Aku tengah timbang2 le ni....


No comments: