Wednesday, November 23, 2011

Test dan hujan tak henti-henti

Malam ni jaga test 406, soalan dari Puncak Perdana ni memang mencabar sungguh. Apa selamat berjaya kepada semua para pelajar. Anda boleh melakukan. Aircond kat AU200 ni sejuk gila tambahan pula dengan keadaan hujan yang tak henti-henti dah 3 hari. memang menarik

Friday, November 18, 2011

Terasing di bumi sendiri

hari ini aku solat Jumaat di Masjid Negara. Setelah sekian lama tidak singgah ke sana untuk solat Jumaat, akhirnya aku berkesempatan juga. Selepas solat hujan turun dengan lebat menyebabkan hampir semua jemaah terkandas dan terpaksa menanti hujan teduh.

Aku salah seorang dari manusia yang terpaksa juga menunggu. Dalam ribuan manusia itu, tidak seorang pun aku kenal. Memang aku rasa terasa begitu terasing sekali. Mungkin bumi Kuala Lumpur ini tidak sesuai untuk aku lagi