Salam
Masa berjalan pantas dah kita telah sampai ke penghujung tahun 2009. Tahun ini banyak peristiwa dan kejadian yg berlaku di dalam kitaran hidup aku. Ada yang manis, ada yang terlalu pahit tetapi semua itu asam garam kehidupan. Aku masih berpegang kepada kepercayaan, Allah boleh menghalang atau meneruskan niat atau usaha seseorang itu. Apa aku jelas boleh menerima buruk dan baik yang telah ditentukan dalam kehidupan aku.
Wednesday, December 16, 2009
Hari-Hari Terakhir Bulan Disember 2009
Posted by Azmi Ab Rahman at 11:33 AM 0 comments
Saturday, July 4, 2009
Aku dan Jadual Waktu......Bengkel Peperiksaan
Salam
Aku malas nak kisahkan perkara ni tetapi dah melibatkan aku, terpaksa aku membicarakan topik yang membosankan aku ni. Setiap semester benda yang sama. memang membosankan.
Posted by Azmi Ab Rahman at 12:09 AM 0 comments
Sunday, June 28, 2009
Kampung Buku Malaysia, Melaka
Salam
Labels: Kampung Buku Malaysia, Melaka
Posted by Azmi Ab Rahman at 7:41 AM 0 comments
Tuesday, June 23, 2009
Perkongsian Ilmu di Equatorial Hotel Bangi, 23.6.09
Salam
Semalam begitu tekun menyediakan diri untuk ceramah bertajuk "Perpustakaan dan Undang-Undang" di Bangi. Apabila sampai ke Equatorial Hotel, aku melihat ramai daripada peserta yang aku kenal, samada rakan sekerja dahulu, bekas student aku. Memang best tak jumpa geng lama, Zahariah, Ketua Pustakawan UPSI, Azman Ketua Pustakawan UMK di antara geng lama aku dulu. Seronok berjumpa mereka ni semula. Roslah dari perpustakaan UiTM Melaka ada juga. Dia merupakan anak buah semasa aku bekerja di PPP/ITM dan juga merupakan bekas anak murid PLK pertama yang aku ajar semasa aku join Fakulti.
Ceramah berjalan lancar. Para peserta begitu aktif memberi respon, soalan dan juga perbincangan. Aku cukup suka dengan keadaan camtu. Memang suasana perkongsian maklumat yang amat nyata. Sayang aku diberi peluang untuk berbicara sejam sahaja. Tapi yang penting dapat menyampaikan dan berkongsi ilmu itu yang penting.
Posted by Azmi Ab Rahman at 11:47 PM 0 comments
Friday, June 19, 2009
Jumaat Yang Damai
Salam
Fakulti macam biasa la sunyi je. Staff pun tak nampak semua sembunyi. Raja Alwi, pensyarah Kedah datang mengambil borang soalselidek penyelidikan dia. Laila pun datang ke fakulti nak settlekan masalah dia dengan gred. Hopefully semua akan settle dengan baik. Fizah pun dah dapat jawatan sebagai Pustakawan. Ok la tu. Syukur, dapat gak dia kerja akhirnya.
Aku petang tadi, minum kopi 10 in 1 kat bilik Mat Zam, apa lagi cerah mata. Petang ni tak rasa mengantuk. Power gak kopi tu tapi aku takut nak minum selalu. Baru tadi pergi makan ramai-ramai kat Kayu Nasi Kandar Seksyen 14. Yang power tetap dia punya Roti Tisu Special sepanjang 2.5 kaki panjang. Tu kita orang punya dessert. Seronok carik-carik roti tu makan ramai-ramai. Garing dan berlemak.
Posted by Azmi Ab Rahman at 10:04 PM 0 comments
Wednesday, June 17, 2009
Satu Hari Yang Panas
Sehari lagi berlalu. Bahang panas memang terasa. Aku hari ini seolah-olah hilang halatuju. Tak tahu nak sentuh kerja mana dulu. Akhir sekali kebanyakaan kerja ditinggal begitu sahaja. Fokus itu penting aku tau tetapi ada masa kita hilang fokus jugak.
So, dalam seminggu dua lagi, kena ke Perak melawat student praktikal. I don't to travel alone. Dah biasa riuh rendah ramai-ramai, bila sorang-sorang ni bosan je.
Posted by Azmi Ab Rahman at 9:59 PM 0 comments
Monday, June 8, 2009
12 Jam perjalanan Tanpa Henti 06.06.09
Salam
Kita orang sampai ke rumah pengantin jam 5.15. Nasib baik masih ramai tetamu lagi, cuma pengantin telah tukar baju. Takpa janji meraikan majlis. Jam 6 kita orang bertolak kembali. Singgah di R n R Ayer Keroh untuk meneruskan solat. Kita orang berhenti solat Maghrib dan makan di Petronas NKVE. Sempat pergi ke Taman Samudera, Gombak untuk Azam dan Isteri. Lebih kurang jam 9.45 malam kita orang selamat sampai ke rumah.
Itulah sebahagian kehidupan bermasyarakat yang perlu aku lakukan. Memang berbaloi.
Posted by Azmi Ab Rahman at 5:17 PM 0 comments