Sunday, March 22, 2009

22 Mac 2009

Salam

Sepanjang minggu aku agak sibuk menguruskan banyak benda sehingga tidak sedar dah Ahad kembali. Aku dengan Group B06A telah menjalankan aktiviti Riang Ria Bowling di Cineleisure, Mutiara Damansara. Sikit punya best ke main bowling, macam-macam ragam dan gaya permainan yang ditunjukkan oleh ahli kelas. Terpesona semua orang. Yang penting enjoy dan semua orang dapat hadiah. Pastu satu kelas pergi menonton movie "Dragon Balls". Fuhh! Tapi ibadah kepada Allah tidak dilupakan. Aku kagum dengan group ni, semua dia orang bersatu hati dalam menjalankan semua aktiviti. Dari Melaka hingga ke perlaksanaan Projek untuk IML653 dan IML651 hingga ke Cineleisure, semua dia orang sertai. Aku bangga dapat menjadi sebahagian daripada dia orang....Group lain jangan jeles. Tapi ini adalah hakikatnya.

Selasa hari itu ada mesyuarat penetapan sukan kelab kebajikan kakitangan FPM. Aku kena handle ping pong, game favourite aku...Ingat nak buat pada Rabu dan Khamis depan tapi nampaknya kena tunda la. Aku kena pergi kursus kat UPENA lak. Ish. Sabor je la. Masa dan tarikh yang sama, aku terlibat dengan mesyuarat para fasilitator untuk program part 6 ke Pangsun. Masuk lewat la. Banyak gak keje kita orang nampaknya. Tapi demi FPM dan student kesayangan, pasti aku dan para fasi lain akan bertungkus lumus menjayakan program tu. Walaupun ada rungutan daripada student tapi itu asam garam je. Tunggu le dia orang pergi program tu.

Pagi tadi aku dan isteri pergi jogging kat Taman Jaya, OK la, dah bole le jog sket2.Harap-harap dapat kekalkan terus usaha ini

Sunday, March 15, 2009

Sunday, 15th March 2009

Today is a simply busy day for me. Early morning, my wife ask me to join her jogging at Taman Jaya. Well! It is been a while, I jog. Well! I think I better call it brisk walking. Partly jogging, partly brisk walking. Phew!, I'm tire but it still an enjoyable moment being together with my beloved wife. It is very rare for us to jog together during Sunday because most of time, during Sunday, I'm away to all part of Malaysia.

We take this opportunity to go bowling together at One Utama. Another enjoyable moment together. Well! I surely hope that, we could spent most of the weekend together.

Sunday, March 8, 2009

Aku Yang Masih Disini

Salam dan selamat sejahtera.

Sudah bulan Mac, aku baru sahaja yang melakarkan tulisan di blog aku ni. Bukan tiada masa, tiada disiplin diri untuk menulis.

Selama beberapa bulan ini, banyak insiden yang berlaku. Yang mencabar kesabaran aku. Aku sebagai manusia, memang banyak melakukan kesilapan tetapi apa yang sakit hati sekali ialah apabila dituduh melakukan perkara yang aku tidak lakukan. Defense is useless. Kena attack balik ni. Bila aku diam je, semakin menjadi-jadi pulak.

Aku juga rasa dikhianti oleh kalangan yang rapat dengan aku. Ada di antara mereka ini sanggup menjadi talam dua muka, balachi kepada seseorang dan sanggup menikam aku dari belakang. Dengan mulut dan muka manis tetapi berhasrat dan berhati busuk. Mereka-mereka ini cuba menjadi jaguh dalam usaha menjahanamkan hidup aku. Aku nak ucap tahniah la kerana sanggup jadi kuda tunggangan orang. Manusia yang tiada maruah dan harga diri.

Nak aku maafkan, ooo sorry. Aku memang sukar memaafkan orang camni. Biarlah tuhan dan keadaan je menentukan hukuman terhadap dia org ini,aku takmau amik pot pun.

Yang penting, aku masih disini, berdiri dan berlari, sori bro and sis. Ko orang ingat aku ni senang ke nak menunduk je?