Monday, March 2, 2015

Memancing di Royal Belum

Minggu kedua bulan februari 2015, aku buat satu perkara yang tak pernah aku buat, ikut grup memancing. Memancing memang takde dalam kamus hidup. Kecik-kecik dulu memanjing pakai joran biasa je. Confirm aku akan menyusahkan pemancing tegar. hehe

Pukul 12 malam kami bertolak ke Gerik, jam 5.15 pagi sampai, sempat makan, solat subuh di Gerik. Jam 8pagi baru bergerak ke pengkalan feri di Royal Belum.



Tule rupa rumah bot yang akan menjadi rumah kami selama 3 hari dua malam. Aku memang excited kerana sebelum ni, dua kali hanya ke Belum Selatan (Sekarang Temenggor Reserve). Sekarang peluang untuk menjelajah Belum Utara (Royal Belum) Sebelum kawasan ni kawasan larangan. Masuk pun masih kena daftar dengan pihak keselamatan.

Geng-geng dalam perjalanan sibuk menyediakan kelengkapan dan joran. Aku hanya tengok je la, tolong sikit-sikit, hehe. Maklumlah novice, tak pandai segalanya...

No comments: