Sunday, June 28, 2009

Kampung Buku Malaysia, Melaka

Salam

Semalam aku pergi melawat ke Kampung Buku Malaysia, Melaka. Konsep kampung buku diperkenal oleh Richard Booth pada tahun 1961 ( maklumat lanjut di http://www.booktown.com/InternationalBKtowns.htm ). Kampung buku pertama di Malaysia adalah di Langkawi pada tahun 1997 yg telah diperkenalkan oleh Tan Sri Sanusi Junid dimana beliau merupakan penggemar buku yang hebat. Sayang sekali selepas beliau tidak bergerak aktif dalam politik, kampung buku langkawi pun berkubur sekali.

Kampung buku kedua Malaysia dibina di Melaka. Kampung Buku Malaysia Melaka telah ditubuhkan bermula pada 18 April 2007. Ianya diwujudkan hasil daripada idea yang di cetuskan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, dimana objektif penubuhannya adalah untuk menggalakan masyarakat membaca di samping sebagai salah satu daya tarikan pelancongan ke Negeri Melaka ini ( Maklumat lanjut di http://www.bookvillage.com.my/utama.html ).

Kita sepatutnya bersyukur kerana kerajaan negeri Melaka begitu prihatin dalam menyedari betapa pentingnya kewujudan kampung buku di Malaysia. Sekarang tibalah giliran kita sebagai rakyat Malaysia untuk sama-sama memberi sokongan kepada kampung buku ini dengan melawat dan memeriahkan lagi kampung buku ini. Mungkin di peringkat awal sebagai kunjungan pelancungan tetapi akhirnya bertukar kepada kunjungan ilmu.

Tuesday, June 23, 2009

Perkongsian Ilmu di Equatorial Hotel Bangi, 23.6.09

Salam

Semalam begitu tekun menyediakan diri untuk ceramah bertajuk "Perpustakaan dan Undang-Undang" di Bangi. Apabila sampai ke Equatorial Hotel, aku melihat ramai daripada peserta yang aku kenal, samada rakan sekerja dahulu, bekas student aku. Memang best tak jumpa geng lama, Zahariah, Ketua Pustakawan UPSI, Azman Ketua Pustakawan UMK di antara geng lama aku dulu. Seronok berjumpa mereka ni semula. Roslah dari perpustakaan UiTM Melaka ada juga. Dia merupakan anak buah semasa aku bekerja di PPP/ITM dan juga merupakan bekas anak murid PLK pertama yang aku ajar semasa aku join Fakulti.

Ceramah berjalan lancar. Para peserta begitu aktif memberi respon, soalan dan juga perbincangan. Aku cukup suka dengan keadaan camtu. Memang suasana perkongsian maklumat yang amat nyata. Sayang aku diberi peluang untuk berbicara sejam sahaja. Tapi yang penting dapat menyampaikan dan berkongsi ilmu itu yang penting.

Friday, June 19, 2009

Jumaat Yang Damai

Salam

Hari ini aku pusing kepala nak mengumpul bahan untuk menyediakan kertaskerja untuk bengkel di Equatorial Hotel, Bangi selasa ni. Bahan berkaitan dengan undang-undang memang tak boleh nak goreng. Kena facts and figure dan mesti tau subject matter dengan jelas. Fuhh!! jenuh gak mencari jalan camne nak mengolah semua bahan agar menjadi satu persembahan yang jitu dan tepat.

Fakulti macam biasa la sunyi je. Staff pun tak nampak semua sembunyi. Raja Alwi, pensyarah Kedah datang mengambil borang soalselidek penyelidikan dia. Laila pun datang ke fakulti nak settlekan masalah dia dengan gred. Hopefully semua akan settle dengan baik. Fizah pun dah dapat jawatan sebagai Pustakawan. Ok la tu. Syukur, dapat gak dia kerja akhirnya.

Aku petang tadi, minum kopi 10 in 1 kat bilik Mat Zam, apa lagi cerah mata. Petang ni tak rasa mengantuk. Power gak kopi tu tapi aku takut nak minum selalu. Baru tadi pergi makan ramai-ramai kat Kayu Nasi Kandar Seksyen 14. Yang power tetap dia punya Roti Tisu Special sepanjang 2.5 kaki panjang. Tu kita orang punya dessert. Seronok carik-carik roti tu makan ramai-ramai. Garing dan berlemak.


Wednesday, June 17, 2009

Satu Hari Yang Panas

Sehari lagi berlalu. Bahang panas memang terasa. Aku hari ini seolah-olah hilang halatuju. Tak tahu nak sentuh kerja mana dulu. Akhir sekali kebanyakaan kerja ditinggal begitu sahaja. Fokus itu penting aku tau tetapi ada masa kita hilang fokus jugak.

So, dalam seminggu dua lagi, kena ke Perak melawat student praktikal. I don't to travel alone. Dah biasa riuh rendah ramai-ramai, bila sorang-sorang ni bosan je.

Monday, June 8, 2009

12 Jam perjalanan Tanpa Henti 06.06.09

Salam

Sabtu 6.6.09 aku telah memulakan satu perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan Pian dan Siti Sabariah di Seri Jempol dan Azri dan Syikin di Jasin Melaka. Kami memulakan perjalanan daripada PJ dan berkumpul di Caltex Lebuhraya Elite untuk berjumpa dengan Nizam. Jam 9.30 pagi perjalanan dimulakan daripada PJ. Di Caltex aku telah menaiki Avanza Nizam. Maklum le dia drive sorang-sorang. Aku jadi peneman le. Matlamat kami adalah untuk sampai pukul 12 tgh ke Seri Jempol dan kemudian terus ke Jasin. Dalam perkiraan paling lewat sampai ke Jasin dalam jam 3.30 petang.


Cabaran pertama kami bermula apabila sampai ke persimpangan Nilai. Keadaan jalan yang penuh dengan kenderaan yang bergerak perlahan-lahan. Mana ada pilihan lain. Just join the jam la. Untuk melepaskan ke persimpangan Senawang, kami mengambil masa hampir 2 jam. Jam 12.00 tgh baru dapat keluar Tol Senawang. Sah memang lari dari jadual. Kami terus ke Bukit Putus, Kuala Pilah, Bahau dan seterusnya Bandar Seri Jempol. Malang sekali lagi navigator kami, Azam telah tersalah membaca peta dan hampir saja kita orang menuju ke Gemas. Aku dan Nizam mengambil keputusan untuk menjadi jurupandu. Dengan aku sebagai pembaca peta, dalam tempuh 15 minit kita orang telah sampai ke rumah Pengantin Perempuan di Seri Jempol.





Jam dah 1.30 tgh masa itu. Sempat berjumpa dengan Pian dan kaum kerabat. Dah jumpa takkan nak cabut terus, kena la uruskan apa-apa yang patut. Lama gak le. dalam 2.30 ptg baru kita org dapat keluar. kami mengambil keputusan untuk menggunakan jalan ke Jelai dan seterusnya ke Tampin then baru menuju Tangkak dan seterusnya Jasin. Keadaan jalan yang tidak berapa elok dan kenderaan yang banyak menyebabkan kami hanya tiba di Tol Tangkak Jam 5.00. Memang behind time dah. Aku tukar kereta dan pandu V6 terus ke Jasin n Nizam meneruskan perjalanan untuk Muar.


Kita orang sampai ke rumah pengantin jam 5.15. Nasib baik masih ramai tetamu lagi, cuma pengantin telah tukar baju. Takpa janji meraikan majlis. Jam 6 kita orang bertolak kembali. Singgah di R n R Ayer Keroh untuk meneruskan solat. Kita orang berhenti solat Maghrib dan makan di Petronas NKVE. Sempat pergi ke Taman Samudera, Gombak untuk Azam dan Isteri. Lebih kurang jam 9.45 malam kita orang selamat sampai ke rumah.



Itulah sebahagian kehidupan bermasyarakat yang perlu aku lakukan. Memang berbaloi.