Wednesday, October 29, 2008

Trip Ke Pantai Timur Part III: Terengganu

9hb Oktober 2008 tepat 5.40 ptg, kami berlepas menuju ke Marang Kuala Terengganu. Melalui jalan pantai, pemandangan yang indah. Seperti biasa kalau dah dalam bas tu, ramai yang secara sendirinya akan terpejam mata. Maklumlah awal pagi telah bangun membuat persediaan, mengharungi perjalanan 500km menuju Kuantan. Mendengar taklimat dan lawatan ke Perpustakaan Awam Pahang pun mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sudah tentu sumanya penat.

Dalam pukul 9.15 mlm kami tiba ke Pantai Kelulut, di mana kita orang singgah makan di medan selera di situ. Selepas menjamu selera, kami terus menuju ke Rhu Muda Chalet yang terletak lebih kurang 2km dari Pantai Kelulut. Aku suka dengan chalet ini kerana bas boleh masuk ke dalam terus dan diletak di antara deretan chalet. Segala urusan chalet selesai dalam jam sebelas. Setelah semua selesai masih ada perbincangan dengan Mona, Liza dan Balqis. Perbincangan hanya selesai dalam jam 12.45 pagi. Alangkah indahnya mendengar deruan ombak dan merasa hembusan angin laut.

Esok pagi aku bangun jam 6.30 pagi. dalam pukul 7 aku terus menuju pantai. Tiada seorang pun student yang ada. Hanya aku yang menikmati keindahan pantai, matahari yang semakin meninggi dan pemandangan ke arah Pulau Kapas. Subhanallah, alangkah indahnya anugerah Allah kepada umat di situ.


"Suasana Pantai Rhu Muda Awal Pagi"


Kami semua bersiap-siap untuk pergi ke rumah Angah atau Intan, ex-student dan juga merupakan anak angkat aku di Kg Tok Dir, Marang. Acap aku ke terangganu tapi jarang berkesempatan berjumpa Angah. Perjalanan ke Kg Tok Dir mengambil masa yang singkat tetapi kami telah tersesat jalan. Maklumlah lama tidak ke sana. Terpaksa le Faisal, suami Angah datang menjemput kami. Kebetulan pula, ada kenduri kahwin sepupu angah pada hari tersebut. Kami datang bertepatan untuk melihat baby Angah yang baru 25 hari. Tu cucu aku la tu.


"Suasana Di Rumah Angah, Kg Tok Dir"

Kami meluangkan masa kira-kira sejam untuk beramah mesra dan sarapan pagi di rumah Angah. Kawasan rumah dan persekitaran rumah telah banyak berubah sejak kali terakhir aku menjejaki rumah itu dalam tahun 2005. Aku masih ingat, kami sebuah bas telah


"Aku Dgn Cucu bersama Angah dan Suami"

singgah di rumah Angah untuk makan tengahari dalam perjalanan dari Kelantan dalam misi lawatan. Aku yang kena migraine, tak boleh makan dan asyik muntah aje. Sekarang kedatangan aku dapat melihat cucu. Begitu pantas masa berlalu.

Daripada rumah Angah kami bertolak Taman Tamaddun Islam, Pulau Wan Man. Aku telah ke Masjid Kristal sebanyak 5 kali tetapi tidak pernah menjejakkan kaki ke taman ini. Taman ini banyak memberi kami pengetahuan tentang masjid-masjid yang ada di seluruh dunia.


"Di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man"

Kami menggunakan perkhidmatan keretapi. Kena caj RM2 seorang untuk melawat sekeliling
taman. Memang menyeronokkan disamping mendapat pengetahuan. Lawatan dalam kul 11 pagi. Abis lawatan dalam jam 12.30. Taman pun nak ditutup dah. Kami terus pergi melawat Masjid Kristal yang berada disebelah Taman Tamaddun. Dari situ kami terus menuju ke Pasar Payang. Aku memang tak masuk la. Dah jemu. Aku dan Pian ikut pilot untuk isi minyak dan makan tengahari di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu. Petang tu kami semua ke makan ICT (ikan celup tepung) di Teluk Ketapang atau Pantai Airport (Ikut kata Mimah, budak Ganu). Petang tu terus kami balik ke chalet untuk mandi-manda di Pantai Rhu Muda.


"Laut, Ombak dan Kami"

Ombak petang itu tida kerana laut surut. Air separas lutut je sampai ke tengah laut. Well! kita semua enjoy ourself very much. Pada semalam malamnya, aku dan Pian mengendalikan sesi perkembangan minda dan merapatkan silahraturrahim di antara para pelajar. Kami menggunakan kaedah permainan untuk menguji kecekapan minda pelajar dan juga untuk membolehkan para pelajar mengenali di antara satu sama lain dengan lebih baik lagi. Pelbagai aksi yang lucu, riang dan gembira dapat dirakamkan sepanjang sesi yang berlangsung selama 3 jam itu.


"Sesi Merapatkan Silaturrahim"

Sebelah pagi 11hb Oktober 2008, kami semua mengambil kesempatan untuk mandi di Pantai Rhu Muda sekali lagi. Kesempatan ini kami gunakan untuk bermesra dengan ombak pantai timur. Kebetulan pula ketika itu air sedang pasang dan laut berombak. Memang menyeronok.


"Pukul 7 pg... Pantai Rhu Muda 11/10/08"


"Sekitar Pantai Rhu Muda"

Setelah selesai bersantai kami semua bersedia untuk bergerak ke Kelantan............

Wednesday, October 22, 2008

Trip Ke Pantai Timur Part II: Kuantan, Pahang

Setelah Selesai semua masalah pentadbiran dan segala urusan, tepat jam 9.00 pagi, Kamu bertolak dari Puncak Perdana menuju Kuantan. Bersama dua orang Pilot yang setia menemani, Sulaiman dan Syukur beserta bas setia kami BFS 7717.




Perjalanan yang menempuhi NKVE, Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur itu berakhir apabila pada jam 1.40 tgh, kami semua selamat ke Kuantan. Ketibaan kami disambut oleh hujan yang agak lebat apabila menempuhi Gambang dan melalui kawasan rumah Pian tetapi semakin berkurangan apabila sampai ke Bandar Kuantan. Dah lama aku tak ke Bandar Kuantan. Ish! Lupa lak. Bulan Julai 08, aku ada bermalam di Seri Malaysia Kuantan semasa on the way ke Terengganu.

Tepat 2.15 ptg, kami tiba di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, disambut oleh Encik Mohd Nor, Ketua Unit Dokumentasi. Walaupun, lambat mendapat maklumat daripada kami kerana ada masalah komunikasi, mereka telah menyediakan satu layanan istimewa yang sukar kami lupakan. Kami di bawa terus te dewan untuk mendengar taklimat untuk memenuhi keperluan lawatan iaitu untuk kursus Library Automation (IML653).

Taklimat telah dilakukan oleh Ketua Unit Automasi. Banyak pengalaman banyak dikongsi oleh kami semua. Selepas taklimat, pihak perpustakaan Awam Pahang sempat menyediakan jamuan siap dengan kuih raya lagi. Kami semua dibawa melawat ke seluruh kawasan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Awam Pahang. Kami sesungguh sangat berterima kasih kepada pihak Perpustakaan Awam Pahang sudi melapangkan masa mereka untuk melayan kami semua. Lawatan kami berakhir pada pukul lima. Terima kasih daun keladi diucapkan kepada pihak perpustakaan. Sebelum berlepas ke Terengganu, kami telah singgah sekejap di Pantai Teluk Cempedak untuk menikmati keindahan pemandangan.



Tepat pukul 5.40 ptg kami semua bertolak ke Terengganu. Selamat tinggal Kuantan, sampai ketemu lagi......

Saturday, October 18, 2008

Trip Ke Pantai Timur Part I: Prolog



Pada 9hb-12hb Oktober 2008, aku dan Pian berserta pelajar Semester Enam B06Ctt telah mengadakan lawatan akademik ke Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Prolog: Kelas dia orang jika ingin mengadakan lawatan akademik dengan aku memang banyak masalah. Dari sem 5, asyik tidak jadi atas beberapa alasan yang tidak dapat dielakkan. Entahlah, dah nasib dia orang. Akhirnya aku berjaya mendapatkan kelulusan untuk mengadakan lawatan akademik ke Pantai Timur. Walaupun dalam masa yang singkat, berkat keizinan Allah dan kenalan rapat yang berada di Pantai Timur, semuanya dapat diuruskan.

Malang sekali, pada saat akhir, separuh daripada ahli kelas enggan mengikut lawatan akademik walaupun sebelum hari raya, mereka inilah yang berkobar-kobar kononnya ingin ikut serta dan begitu bersemangat. Bagi aku, mereka ini tidak layak digelar insan pun. Manusia (kalau layak dipanggil begitu le) ini lidah bercabang, mungkir janji, bercakap kosong, cakap tak serupa bikin dan tidak boleh diharap langsung dan tidak boleh dipercayai.

Aku kesian kepada Ketua rombongan yang bertungkus lumus berusaha untuk menjayakan program ini tetapi mereka yang bermulut manis ini cuba menghancurkan segala-galanya. Aku paling sakit hati kerana untuk mendapat kelulusan lawatan ke Perpustakaan yang berkenaan dalam masa tidak sampai seminggu adalah mustahil jika tidak kerana hubungan akrab yang sedia terjalin. Aku paling pantang orang yang ingin menjatuhkan maruah aku dikalangan kawan-kawan aku. Siapa mereka ini yang pandai sangat hendak memalukan aku dengan harapan aku membatalkan lawatan di saat akhir. Memang pantang aku!!!

Saturday, October 4, 2008

Kemurniaan Aidil Fitri


Assalamualaikum wbr...

Sekarang kita berada di dalam bulan Syawal. Bulan Kemenangan kepada semua yang merayakan kemenangan Ramadan.

Aku agak terkilan dan merasa amat marah kerana segelintir kelompok manusia..kalau boleh dipanggil manusia cuba merobek kemurniaan Syawal ini. Lihat saja apa yang dilakukan oleh HINDRAF semasa rumah terbuka Perdana Menteri. Kumpulan yang tidak bertamadun ini sentiasa menyalahkan manusia di atas kesusahan dan kesengsaraan mereka, tetapi mereka ini langsung tidak tahu menjaga hak rakan iaitu kita orang ISLAM. Manusia tidak dilahir kurang ajar tetapi pembawaan mereka ini melambangkan kelompok manusia yang kurang ajar, tidak bertamadun dan tidak berpendidikan. Hanya ada pelajaran tetapi tidak ada pendidikan. Aku memang tahu Melayu Islam ini memang bersopan dan berlembut. Tetapi mereka ini seolah-olah lupa sejarah, ISLAM jangan disentuh kemurniaannya. Mereka ini lupa. Aku berharap pihak kerajaan seharusnya mengambil tindakan wajar dan tegas dalam menyelesaikan masalah ini.

Raya tahun ini, aku cam biasa je. Baju Melayu dah 3 kali raya pakai. Bukan takmau beli, tak mahu membazir. Apa2 pun diharap aidil fitri membawa kebahagiaan dan kerahmatan untuk semua.