Wednesday, October 29, 2008

Trip Ke Pantai Timur Part III: Terengganu

9hb Oktober 2008 tepat 5.40 ptg, kami berlepas menuju ke Marang Kuala Terengganu. Melalui jalan pantai, pemandangan yang indah. Seperti biasa kalau dah dalam bas tu, ramai yang secara sendirinya akan terpejam mata. Maklumlah awal pagi telah bangun membuat persediaan, mengharungi perjalanan 500km menuju Kuantan. Mendengar taklimat dan lawatan ke Perpustakaan Awam Pahang pun mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sudah tentu sumanya penat.

Dalam pukul 9.15 mlm kami tiba ke Pantai Kelulut, di mana kita orang singgah makan di medan selera di situ. Selepas menjamu selera, kami terus menuju ke Rhu Muda Chalet yang terletak lebih kurang 2km dari Pantai Kelulut. Aku suka dengan chalet ini kerana bas boleh masuk ke dalam terus dan diletak di antara deretan chalet. Segala urusan chalet selesai dalam jam sebelas. Setelah semua selesai masih ada perbincangan dengan Mona, Liza dan Balqis. Perbincangan hanya selesai dalam jam 12.45 pagi. Alangkah indahnya mendengar deruan ombak dan merasa hembusan angin laut.

Esok pagi aku bangun jam 6.30 pagi. dalam pukul 7 aku terus menuju pantai. Tiada seorang pun student yang ada. Hanya aku yang menikmati keindahan pantai, matahari yang semakin meninggi dan pemandangan ke arah Pulau Kapas. Subhanallah, alangkah indahnya anugerah Allah kepada umat di situ.


"Suasana Pantai Rhu Muda Awal Pagi"


Kami semua bersiap-siap untuk pergi ke rumah Angah atau Intan, ex-student dan juga merupakan anak angkat aku di Kg Tok Dir, Marang. Acap aku ke terangganu tapi jarang berkesempatan berjumpa Angah. Perjalanan ke Kg Tok Dir mengambil masa yang singkat tetapi kami telah tersesat jalan. Maklumlah lama tidak ke sana. Terpaksa le Faisal, suami Angah datang menjemput kami. Kebetulan pula, ada kenduri kahwin sepupu angah pada hari tersebut. Kami datang bertepatan untuk melihat baby Angah yang baru 25 hari. Tu cucu aku la tu.


"Suasana Di Rumah Angah, Kg Tok Dir"

Kami meluangkan masa kira-kira sejam untuk beramah mesra dan sarapan pagi di rumah Angah. Kawasan rumah dan persekitaran rumah telah banyak berubah sejak kali terakhir aku menjejaki rumah itu dalam tahun 2005. Aku masih ingat, kami sebuah bas telah


"Aku Dgn Cucu bersama Angah dan Suami"

singgah di rumah Angah untuk makan tengahari dalam perjalanan dari Kelantan dalam misi lawatan. Aku yang kena migraine, tak boleh makan dan asyik muntah aje. Sekarang kedatangan aku dapat melihat cucu. Begitu pantas masa berlalu.

Daripada rumah Angah kami bertolak Taman Tamaddun Islam, Pulau Wan Man. Aku telah ke Masjid Kristal sebanyak 5 kali tetapi tidak pernah menjejakkan kaki ke taman ini. Taman ini banyak memberi kami pengetahuan tentang masjid-masjid yang ada di seluruh dunia.


"Di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man"

Kami menggunakan perkhidmatan keretapi. Kena caj RM2 seorang untuk melawat sekeliling
taman. Memang menyeronokkan disamping mendapat pengetahuan. Lawatan dalam kul 11 pagi. Abis lawatan dalam jam 12.30. Taman pun nak ditutup dah. Kami terus pergi melawat Masjid Kristal yang berada disebelah Taman Tamaddun. Dari situ kami terus menuju ke Pasar Payang. Aku memang tak masuk la. Dah jemu. Aku dan Pian ikut pilot untuk isi minyak dan makan tengahari di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu. Petang tu kami semua ke makan ICT (ikan celup tepung) di Teluk Ketapang atau Pantai Airport (Ikut kata Mimah, budak Ganu). Petang tu terus kami balik ke chalet untuk mandi-manda di Pantai Rhu Muda.


"Laut, Ombak dan Kami"

Ombak petang itu tida kerana laut surut. Air separas lutut je sampai ke tengah laut. Well! kita semua enjoy ourself very much. Pada semalam malamnya, aku dan Pian mengendalikan sesi perkembangan minda dan merapatkan silahraturrahim di antara para pelajar. Kami menggunakan kaedah permainan untuk menguji kecekapan minda pelajar dan juga untuk membolehkan para pelajar mengenali di antara satu sama lain dengan lebih baik lagi. Pelbagai aksi yang lucu, riang dan gembira dapat dirakamkan sepanjang sesi yang berlangsung selama 3 jam itu.


"Sesi Merapatkan Silaturrahim"

Sebelah pagi 11hb Oktober 2008, kami semua mengambil kesempatan untuk mandi di Pantai Rhu Muda sekali lagi. Kesempatan ini kami gunakan untuk bermesra dengan ombak pantai timur. Kebetulan pula ketika itu air sedang pasang dan laut berombak. Memang menyeronok.


"Pukul 7 pg... Pantai Rhu Muda 11/10/08"


"Sekitar Pantai Rhu Muda"

Setelah selesai bersantai kami semua bersedia untuk bergerak ke Kelantan............

1 comment:

Acidross83 said...

hurmmm...dah da 2 blog ek...tahniah Incik!