Sunday, March 22, 2009

22 Mac 2009

Salam

Sepanjang minggu aku agak sibuk menguruskan banyak benda sehingga tidak sedar dah Ahad kembali. Aku dengan Group B06A telah menjalankan aktiviti Riang Ria Bowling di Cineleisure, Mutiara Damansara. Sikit punya best ke main bowling, macam-macam ragam dan gaya permainan yang ditunjukkan oleh ahli kelas. Terpesona semua orang. Yang penting enjoy dan semua orang dapat hadiah. Pastu satu kelas pergi menonton movie "Dragon Balls". Fuhh! Tapi ibadah kepada Allah tidak dilupakan. Aku kagum dengan group ni, semua dia orang bersatu hati dalam menjalankan semua aktiviti. Dari Melaka hingga ke perlaksanaan Projek untuk IML653 dan IML651 hingga ke Cineleisure, semua dia orang sertai. Aku bangga dapat menjadi sebahagian daripada dia orang....Group lain jangan jeles. Tapi ini adalah hakikatnya.

Selasa hari itu ada mesyuarat penetapan sukan kelab kebajikan kakitangan FPM. Aku kena handle ping pong, game favourite aku...Ingat nak buat pada Rabu dan Khamis depan tapi nampaknya kena tunda la. Aku kena pergi kursus kat UPENA lak. Ish. Sabor je la. Masa dan tarikh yang sama, aku terlibat dengan mesyuarat para fasilitator untuk program part 6 ke Pangsun. Masuk lewat la. Banyak gak keje kita orang nampaknya. Tapi demi FPM dan student kesayangan, pasti aku dan para fasi lain akan bertungkus lumus menjayakan program tu. Walaupun ada rungutan daripada student tapi itu asam garam je. Tunggu le dia orang pergi program tu.

Pagi tadi aku dan isteri pergi jogging kat Taman Jaya, OK la, dah bole le jog sket2.Harap-harap dapat kekalkan terus usaha ini

3 comments:

Noor Rashidalila Ab Rashid said...

thanx .....hehehhehe

Adam Arjuna said...

22 march jugak besday saya...
ahaks..

after a while, dpt gak jumpan ngn en..

take care :)

kydie said...

ish..bangganye kn puji...huhuhu..

thanx en..