Sunday, June 28, 2009

Kampung Buku Malaysia, Melaka

Salam

Semalam aku pergi melawat ke Kampung Buku Malaysia, Melaka. Konsep kampung buku diperkenal oleh Richard Booth pada tahun 1961 ( maklumat lanjut di http://www.booktown.com/InternationalBKtowns.htm ). Kampung buku pertama di Malaysia adalah di Langkawi pada tahun 1997 yg telah diperkenalkan oleh Tan Sri Sanusi Junid dimana beliau merupakan penggemar buku yang hebat. Sayang sekali selepas beliau tidak bergerak aktif dalam politik, kampung buku langkawi pun berkubur sekali.

Kampung buku kedua Malaysia dibina di Melaka. Kampung Buku Malaysia Melaka telah ditubuhkan bermula pada 18 April 2007. Ianya diwujudkan hasil daripada idea yang di cetuskan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, dimana objektif penubuhannya adalah untuk menggalakan masyarakat membaca di samping sebagai salah satu daya tarikan pelancongan ke Negeri Melaka ini ( Maklumat lanjut di http://www.bookvillage.com.my/utama.html ).

Kita sepatutnya bersyukur kerana kerajaan negeri Melaka begitu prihatin dalam menyedari betapa pentingnya kewujudan kampung buku di Malaysia. Sekarang tibalah giliran kita sebagai rakyat Malaysia untuk sama-sama memberi sokongan kepada kampung buku ini dengan melawat dan memeriahkan lagi kampung buku ini. Mungkin di peringkat awal sebagai kunjungan pelancungan tetapi akhirnya bertukar kepada kunjungan ilmu.

1 comment:

Abd Rashid said...

Salam, Mr Azmi..kalau ada gambar kg buku ..nak gak tengok. Up date selalu laaa blog ni..boleh gak tahu apa perkembangan Azmi dan kawan-kawan kat FPM.