Friday, April 24, 2009

Apabila Niat Murni Disalahertikan

Minggu yang sibuk. Peperiksaan akhir bermula. Aku dan geng menjadi AJK exam sibuk. Ada pula, pensyarah yang konon kebal sengaja tidak datang bertugas. Dah la tak sampai 6 bulan bertugas lagi mengalahkan orang dah nak pencen. Aku rasa orang seperti ini dan rakan-rakan sewaktu dengannya patut angkat kaki dan belah ke tempat lain. Tak perlu menyusahkan orang lain dan diri sendiri. Kalau nak ikut time dan cara sendiri, pergi menoreh getah atau berkebun sendiri, takle menyusahkan orang.

Aku mendapat berita yang agak mengejutkan apabila program pelajar part 6 ke Pangkor dan Genting tidak mendapat wang daripada Tabung Pembangunan Pelajar. Alasan: Dah banyak duit budak part 6 pakai. Dia orang ni takde pakai calculator ke? Kira la betul-betul. Dah RM400 setiap pelajar menyumbang ke Tabung tu. Yang guna tak sampai RM250 pun seorang. Dinner Pra Graduan separuh pelajar Pt6 IS220 tak hadir, so banyak mana sangat duit yang dikembalikan kepada dia orang. Patut dinner tu diaudit tengok betul-betul, mana wang tu pergi.

Aku tak kisah sangat taknak bagi, duit bole dicari tetapi cakap yang mengatakan asyik aku je yang bawa pelajar, seolah-olah macam aku makan duit pelajar. Tu memang pohamai betul. Aku nak cabar yang pandai sangat buat keputusan tu, try bawa pelajar keluar field trip, buat le 4 trip satu semester. Aku nak tengok seronok ke, mudah ke nak makan duit ke. Seronok sangat mengatakan orang daripada kerusi empuk dalam air cond.

Apa-apa pun kepada pelajar Part 6 IS220, jangan kecewa dengan keputusan itu. Hidup perlu diteruskan. Kita doakan je kepada mereka itu, kalau niat baik, Allah balas baik didunia ini jugak, tapi kalau niat jahat, Allah balas jahat didunia ini jugak semasa ada lagi hayat kita.

So, kalau kau orang jadi Pengurus esok, guna akal yang dikurniakan bukan hati dan nafsu je, OK.

1 comment:

sweetrose maria said...

Salam en..
anyway,sy hrp en trs tabah tuk mghadapi sgla dugaan & cbrn.tp sy tau,en kuat orgnye.biasala manusia kn mmg xkn lr ngn hasad dengki,tamak,ptgkn dr & segala2nye la.sdh mnjd lumrah, bla kta senang msti ade org yg xsng ngn kita.yg ptg kta tau ape yg kta buat & diredhai Allah S.W.T..
anyway thanks for ur advice.jgn stress sgt,nti migrain lg.dhla nk mark paper lg kn...take care ye en...