Saturday, April 18, 2009

Minggu ketiga April 2009: Sibuk sungguh

Salam

Minggu yang sibuk. Sibuk dengan keje. Sibuk dengan game ping pong yang tak sudah-sudah (bosan dah nak handle, bukan bosan game tu, bosan perangai manusia). Aku telah menamatkan game minggu sudah hari Jumaat. Biarlah apa orang kata janji dah settle tp masalahnya, aku dapat tempat ketiga la. Ni sure ada yang pertikaikan. Payah gak tu.

Rabu malam Khamis, aku amik bas ke Alor Setar. Sampai sana pukul 5.30 pagi. Mandi dan solat di rumah Tawfek, pastu pergi amik barang imie dan terus pergi UiTM Merbok, hantar lampiran soalan dan terus balik ke PJ. Dalam tempoh 18jam, aku telah menjelajah 1000km perjalanan. Fuhh! Jenuh.

Hari aku telah menghadiri majlis perasmian pestabuku antarabangsa KL. Sampai pukul 2.30, asyik acara perasmian sana-sini je. Jenuh menunggu dan mendengar ceramah je. Tapi nice mendengar buah pemikiran A Kadir Jasin, Ketua Pengarang Kumpulan Straits Times dan Azhar Sulaiman.

Seronok dapat berjumpa member-member lama dari PNM dan book industry...

No comments: