Sunday, May 24, 2009

24 Mei 09: Lunch di Selera Herba, Bangi



Pagi tadi aku bercadang untuk makan tengahari di Restoren Selera Herba, Bangi. Semboyan dibunyikan, dan aku berjaya mengumpul 11 orang anggota keluarga untuk ke sana. Restoren ini milik member aku Noralim Yunus @Wap Alim dan Isteri, Ruhaizan Ramli @Ai. Dah Lama bercadang, baru ini berpeluang. Restoren ini berkonsep makanan selera kampung dan popular dengan nasi ambeng dan lempeng kelapa. Nak tau banyak lagi layari blog ini http://ijamlaa.blogspot.com/2008/06/nasi-ambeng-selera-herba.html dan
http://bangionline.com/index.php?topic=572.0 .





Dalam pukul 12.oo tgh kita bertolak ke Bangi (Seksyen 9) dan tiba dalam jan 12.30 tgh. Sekejap je daripada PJ menggunakan Highway. Alim takde kat restoren, kami disambut oleh Ai. Agak lama gak wife aku tak jumpa Ai (Masih terkenang sirih junjung masa pernikahan Alim n Ai dibuat oleh wife aku).

Kami memesan pelbagai jenis minuman dan makanan. Aku memilih nasi ambeng ayam goreng dan teh herba (Teh Misai Kucing). Memang sedap makanan. Anak-anak aku tak pernah mencuba nasi ambeng pun mencubanya. Memang best dan berbaloi makan. Sedap dan menyelerakan.


Kami dilayan mesra oleh Ai. Makanan dipesan cepat sampai. Penutupnya kami memesan lempeng kelapa. Istimewanya lempeng dicicah dengan sambal. Memang menarik. Bagi yang menggemari makanan tempatan yang simple dan sedap, aku mencadangkan supaya menjadikan Selera Herba ni sebagai satu destinasi untuk dilawati.

1 comment:

ijamlaa said...

salam bro

thanks sbb refer ke blog saya. saja search nama sendiri, tu yg tersinggah ke blog bro.