Sunday, May 31, 2009

31 Mei 2009: Hari Tanpa Tembakau Sedunia

Hari ini adalah hari tanpa tembakau sedunia. Kalau baca suratkhabar terutama the STAR (Surat khabar berbahasa Melayu cam Mingguan, tak banyak komen sangat, maybe editor dia kuat merokok kot), banyak rencana tentang negatifnya merokok ni.

Tetapi kenapa semakin hari semakin ramai yang merokok? Ini bermakna segala kempen dan usaha semua pihak yang berkenaan tu sia-sia sahaja. Berjuta-juta ringgit dihabiskan untuk menyedarkan golongan yang tidak mahu sedar ini, nampaknya tiada hasil. Kawasan larangan merokok diwartakan tetapi cuba lihat betapa penagih rokok tegar ini masih tidak mempedulikan larangan dan kesihatan orang lain. Masih terus merokok tanpa rasa bersalah.

Kalau di Kampus aku, mereka menjadikan tandas (yang kotor dan tempat buangan kumbahan kita semua) sebagai tempat melepaskan ketagihan. Aku tiada masalah dengan itu tetapi, mereka ini membuang puntung rokok kedalam mangkuk tandus (mangkuk betul dia orang ni) dan membuang habuk rokok ke sinki (otak dia pun tahap sinki tu je kot) menyebabkan sinki tersumbat dan penuh dengan habuk rokok. Pendek kata mereka ini tidak langsung peduli tentang kebersihan sekeliling dan juga perasaan kawan-kawan.

Aku mempunyai pendapat, kalau nak sekat masalah go to the root, bukan setakat nak halang kat end product je. Sekat je pengeluaran rokok, sure masalah ini akan berkurangan 95 peratus. Rokok kalau nak jual pun jual kat hospital je, nak beli kena kaunseling dulu. Baru dia orang insaf kot. Kalau setakat naikkan harga sekali naik 50sen setahun tak meninggal kesan apa pun.

Apa pun pendidikan adalah teras utama mendidik orangramai agar tidak merokok. Seorang bapa dengan bangganya menghisap rokok di rumah didepan anak-anak. Kalau anak merokok, terus dia marah malah memukul. Takkan selesai masalah, bapa borek anak rintik. Letak le gambar apa punk kat kotak rokok tu, tetap penagih rokok ini akan beli gak.

Aku bukan anti penagih rokok tetapi aku rasa dah tiba masanya penagih rokok ini faham akan hak aku sebagai seorang manusia yang ingin hidup sihat. Penagih rokok juga perlu memahami tanggungjawab dan peranan mereka dalam menjaga perasaan rakan-rakan yang tidak merokok.

Sekian, artikel ini memang ada kena mengena dengan hidup dan mati semua manusia

2 comments:

Akmal said...

merokok membahayakan kesihatan....

akmal said...

merokok membahayakan kesihatan anda..heheh..baik kata tok ketua baikla kata kami...(ayat2 yg en azmi selalu guna masa ngajo kami dulu)