
Ahli Kelab memang ramai yang berminat dengan sukan Ping Pong ni. Memang mereka bersemangat dan berjuang habis-habisan. Kalau perlawanan diadakan di bilik seminar kita orang sama-sama menyusun bilik tersebut dan selepas perlawanan menyusun kembali bilik tersebut ke keadaan asal. Terima kasih kepada semua geng dan member. Tanpa mereka ini memang sukar untuk menjayakan pertandingan ini. Merekalah pemain, merekalah pengadil, merekalah pekerja am yang menyusun perabut dan meja pertandingan. Semangat kerjasama yang amat tinggi yang dipamerkan amat aku hargai. Terutama kepada mereka telah bergelar Pensyarah Kanan tetapi melupakan gelaran tersebut dan bersama-sama menjadi ahli kelab. Syabas diucapkan

Aku untuk siri ini, agak ketinggalan. Kena tingkatkan latihan untuk siri tahun hadapan pula.
Adios
1 comment:
Salam en,
en kna lbh kerap berjogging lg.br stamina jd lbh kuat...
menang kalah xptg, yg ptg dpt mengukuhkn ukhuwah yg trjalin antara kta semua.btl x en?hehehe
Post a Comment